Friday, February 24, 2012

~ Monologue... [part 4]


Hari berganti hari, masa berganti masa, terasa semuanya cepat berlalu. Masa amat pantas pergi jauh meninggalkan orang-orang yang dalam kerugian. Untung pula bagi orang yang menghargainya, mengisi setiap detik saat dengan perkara yang tidak sia-sia. Masa ini jua terlalu pantas buat aku.

Masa ini merubah aku menjadi seorang perindu. Merindui seseorang yang mungkin tidak tahu bertapa aku merinduinya. Bertapa aku rindu dan mula mencari setiap manis senyumnya. Namun tidak juga dia berada di sini. Perasaan ini membuat aku resah memikirkan bilakah dia akan kembali?

Realitinya dia jauh dariku. Realitinya dia tidak pernah dekat denganku. Tidak pernah pula berada disampingku. Itulah realitinya. Aku hanya sekadar berada di balik bayang-bayang. Hanya rasa yang ada tiap kali aku merasakan adanya dia bila berdekatan.

Tapi saat itu tidak ada lagi. Dia pergi untuk suatu jangka masa. Aku sendirian. Aku keseorangan. Aku hilang ilham. Aku hilang suatu harapan. Aku hilang sebuah sumber inspirasi. Aaaah... aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku ini.
Aku tidak tahu..adakah ini dinamakan gila. Aku tidak tahu.

Mengapa tiap masa detik dan ketika aku selalu sangat terfikir tentang dirinya. Mengapa aku asyik menyukainya. Sedangkan ku sendiri tidak tahu perasaan dia terhadapku. Ketika ini jua aku amat merinduinya. Pernahkah dia merindui ku sepertimana aku merinduinya..?? mungkin tidak.. pernahkah dia terfikir tentang ku?? mungkin tidak..

Kadang-kadang terbit dalam fikiran... lupakan sahaja dia... hilangkanlah punca inspirasi ini... buangkan lah segala suka.. bencikanlah dia...  namun, tidak pernah jua hilang.. di hati ini ada dia..  walau sekeras mana cuba untuk membenci.. walau sekuat mana cuba membuang perasaan ini... di hati ini ada dia..

Melihat dia jauh...aku rindu... kadang kala aku cemburu. Itulah fitrah manusia.. cemburu akan sesuatu. Cemburu kalau dia ada seseorang yang bertakhta di hati dia.. bukan aku...patut kah aku cemburu.. mungkin aku patut doakan kebahagiaan dia...walau di mana sahaja dia berada.. seperti mana dalam setiap doa-doaku.. disitu muncul dalam fikiranku..walau dia tidak disampingku.. walau dia tidak pernah tahu adanya aku... biarlah aku selalu mendoakan kebahagiaan dia selalu...

Aku masih boleh sendiri.. Berjalan sendiri seperti mana hari-hari yang aku lalui kini. Aku dah terbiasa.. Kadang-kadang aku cemburu melihat orang-orang di sekelilingku.. bahagia dengan pasangan mereka... bersuka,berduka dengan pasangan hidup mereka.. itulah pelangi kehidupan.. Lalu aku bertanya dalam diri, bilakah masa, detik, dan waktu itu akan sampai padaku... hanya padaMu ya Allah aku bergantung hidup.. semunya telah tertulis sejak aku berada dalam perut ibuku lagi.. ajal mautku, rezekiku, jodohku.. mungkin belum sampai masa itu lagi.. aku berserah pada takdirMu..

Aku tahu...walau sedalam mana aku suka, walau berapa banyak aku merindui..walau bertapa tinggi aku menyintai... Jika Allah telah takdirkan dia bukan untukku maka dia bukanlah untukku... dan walau sejauh mana aku mencari, walau selama mana aku menanti jika Allah takdirkan dia untukku.. suatu hari pasti akan ketemu... bercinta keranaMu, merindui keranaMu..

usaha, doa dan tawakkal.