Monday, December 5, 2011

~ Monologue... [part 3]


Apabila hati mula berkata, " Sampai bila harus dipendam semua perasaan yang disimpan dalam hati ini?" Aku terdiam seketika. Tidak tahu apa jawapannya. Bila direnung kembali kenapa ada perasaan ini dalam jiwaku, sejenak aku kembali dalam ingatan yang lepas. Saat pertama jatuh hati pada seorang insan itu. Tidaklah kerana cantik, namun mungkin ayu manis wajahnya. Membuat aku sering mencari ruang melihat dirinya. Mungkin jua kerana sifatnya, yang manja, lembut suaranya apabila berkata-kata.

  Aku suka disaat bila terdengar suaranya walau hanya di ganggang telefon. Aku suka apabila bertemu dengannya walau pertemuan itu hanya terserempak dimana-mana. Nyata, dia tak pernah tahu tentang isi hatiku. Namun cukup mengukir senyuman di wajahku. Menyebut namanya sahaja terasa seperti mesra mula mendakap jiwa.
Hakikatnya, perasaan ini sukar untuk diluahkan. Perasaan sayang, perasaan rindu. Segala macam perasaan bercampur baur. Kalau rindu, hanya disini dapat aku melepaskan rindu. Melihat gambarnya tersenyum ayu. Aku cuma bertepuk sebelah tangan. Tak berbunyi.

  Pernah terlintas kegilaan aku nak sangat meluahkan perasaan padanya. Lantas jari jemari terus menaip segala macam luahan perasaan. Tiap-tiap baris, ungkapan, patah perkataan berulang-ulang aku baca. Sampai aku terlena sendiri. Tapi tidak pun aku hantar. Aku takut kalau aku ditolak."...Maaf hati saya sudah dimiliki...Maaf saya tak suka awk...Maaf awk bukanlah lelaki yang saya cari..." setiap rangkap itu membuat aku terhenti dari lamunan mimpi.

Mungkin jua dia ada yang punya. Orang sekeliling pernah berkata dia ada boyfren. Ada sumbody. Harta, pangkat dan kekayaan, paras dan rupa adalah mesti baginya. Hati aku mula luluh bila mendengar semua itu. Tapi aku masih pelik dengan jiwa dan perasaan aku ini. Seolah-olah semua itu bukan penghalang untuk aku terus suka padanya.
Perlukah kita mendengar kata-kata orang. Sedangkan kita sendiri patut bertanya pada empunya diri. Aku masih berharap seandainya ada ruang untuk aku meluahkan perasaan. Aku juga berharap kalau dia mempunyai perasaan yang sama seperti aku.

  Seandainya pangkat dan harta, kekayaan paras dan rupa menjadi titik perbandingan. Aku kalah pada semua itu. Namun hati dan jiwa aku tidak pernah berhenti dari terus menjadikannya inspirasi. Jika ada ruang dan kesempatan ingin sangat aku katakan padanya...

  "....awk, sy suka pada awk.. sy jatuh hati pada awk.. sy selalu menunggu awk.. tunggu saat bila dapat terserempak dengan awk... tunggu saat bila dpt dgr suara awk... nk sgt minta no phone awk, nk dgr suara awk dan berborak dgn awk.. nk ajak awk keluar tgk wayang crita semasa.. tp sy tahu awk mgkin sibuk bekrja, mungkin awk ada perkara lain perlu diselesaikan..mungkin nanti bila awk lapang nti, mgkn bukan skrg, mgkn suatu masa nti..bila awk free..sy xkisah..sbb sy sentiasa menanti awk.. awk..sy pendam perasaan ini pd awk... kehadiran awk di saat sy lemah, membuatkan sy ingin kuat... di saat sy sakit, awk hadir dengan senyuman.. senyuman awk penawar segala duka.. buat sy lupa yang sy lemah.. kehadiran awk walau sekejap terus memberi sy sinar untuk trus berpaut pd khidupan.. awk, awk lah kekuatan utk sy terus berada disni.. kalau awk tiada, sy tak tahu apa yg patut sy lakukan.. sbb awk lah tmpt sy berpaut.. menjadi inspirasi sy untk trus kekal disini...kalau awk pergi ke tempat lain.. kalau blh sy ingin pergi bersama.. awk, sy suka sgt pada awk..dlm setiap angan ada awk.. awk walau sy tidak punyai apa2..tpi sy tahu sy mampu membahagiakan awk.. mampu gembirakan awk.. sy sentiasa cuba dlm setiap hari2 sy menceriakan.. awk..sy ingin awk jadi teman hidup sy..sehingga mati itu yang memisahkan kita.. ingin hdup tua bsama awk..punya anak dan cucu.. ingin menghabiskan masa mencari redhaNya bersama2... jika sekiranya takdir tidak menemukan kita sy harap awk dpt baca tiap luahan kata-kata sy ini.. sy akan terus myukai awk..menyayangi awk..merindui awk... saya cintakan awk.."


Thursday, October 20, 2011

~ Indahnya jika bersamamu


Indahnya jika bersamamu
Sewaktu renda pelangi
Menghiasi pagi
Ku sendiri di kamar sepi
Meniti bilah hari
Mencatat sebuah tragedi

Indahnya jika bersamamu
Merentasi daerah sepi
Bersama hati murni
Di panas terik berteman mentari
Berjalan berlari di dataran ini

Indahnya jika bersamamu
Berterbangan ke langit tinggi
Melayari hati
Dari kebenaran sejati
Bersama harapan diri
Menerangi hutan misteri

Dan Indahnya jika bersamamu sendiri
Mengharungi detik-detik abadi
Jika dirimu sudi bertemankan diriku
Ini...
-=[redhuan.redza]=-0000hrs,20/10/2011,bilikku.]=-




Monday, October 17, 2011

~ Monologue... [part 2]


Aku sediri di dalam kamarku memikirkan tentang masa depan aku. Kerjaya, pelajaran aku, kehidupan aku semuanya mula berlegar-legar di dalam kepala seumpama jalan raya yang penuh sesak. Hari ini baru sahaja aku dapat tahu bagaimana nikmat dapat kembali sesuatu yang pernah ditarik oleh tuhan. Perit, susah, bengang semuanya itu ujian oleh tuhan kepada aku setelah Dia tarik nikmat yang diberi dahulu. Sekarang, sekarang aku tahu nilai sebuah kehidupan.. nilai sebuah kekeluargaan, nilai sebuah persahabatan..nilai kasih seorang mama..nilai kasih seorang abah..nilai sayang seorang adik..yang tidak pernah putus-putus memberi makna nikmat kehidupan..

Selama aku lemah, sakit, kasih mama yang selalu temankan aku. Dari tmpt tdur ku..makanku..mjaga aku siang dan malam..melayan karenah aku seorang. Setiap kali aku meminta sesuatu tentu dia tunaikan. Sanggup bjalan kaki ke kedai yang jauh semata-mata untuk puaskan permintaan aku.Kadang-kadang aku rasa bersalah, seperti menyusahkan dia..suruh ke sana ke mari..terkadang bergelinang air mata menanti saat jatuh ke pipi bila memikirkannya. Cepat-cepat aku kesat sebelum sesiapa tahu. Mama adalah 'Supermak' aku. Aku rasa tiada yang lebih baik dari dia..

  Aku rasa bersyukur sangat dapat balik nikmat yang Allah tarik selama ni. Tangan kanan aku. Tanpanya apa yang boleh aku buat? Macam mana aku nak petik gitar, macam mana aku nak masak makanan favourite aku? mcm2 yang aku tanya..aku tanya pada Allah, kenapa dia perlakukan sebegitu pada aku? Aku rasa geram, namun pada akhirnya aku sedar semua ini ujian untuk aku. Ujian mnguji ketabahan, menguji kesabaran, dan menguji keimanan aku sebagai seorang insan..dan itulah makna sebenar yang aku belajar..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

  Seperti peluang kedua untuk aku, aku perlu gunakannya spenuhnya.. dan saat ini aku berfikir apa yang perlu aku lakukan dalam kehidupan aku ini..aku mula mengatur kembali apa yang terlepas, apa yang perlu dicari, apa yang patut dilengkapi..aku tak mahu lalai lagi dlm meniti hari-hari..aku nak tiap2 hari penuh dengan makna..kerjaya,mungkin aku patut cari sesuatu yang lebih baik dari sekarang, pelajaran, mungkin patut aku menambah lagi ilmu...kehidupan..aku mahu lengkapi hidup aku dengan seseorang..menemani aku..hdup bahagia sampai tua, hingga akhir hayat..hanya mati yang dapat memisahkan...

  Alangkah indahnya dapat hdup begitu, aku berjanji pada diri aku seandainya aku dianugerahkan seseorang untuk menemani aku.. akan aku mnjaganya sepenuh hati kerana dia adalah amanah Tuhan untukku..akan ku bimbing dirinya untuk sama-sama bahagia sesudah dunia..aku ingin sgt hdup bahagia.. saat itu masih belum hadir, bila ditanya siapa di hati..tiada..aku masih menyendiri..sedetik di hati aku menyukai seseorang, seseorang yang aku jatuh hati..ntah mcm mana dapat aku huraikan perasaan aku ini..aku pun tak tahu..Aku rasa bagaikan dia adalah sesuatu bagiku..dalam hati ni nak sangat meluahkan rasa hati padanya..rasa suka padanya..tpi aku tak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu..aku rasa takut untuk aku luahkan, takut dia tidak akan muncul lagi dlm hdup aku selepas itu mungkin..senyumannya, lirikan matanya, suaranya cukup buat aku terkaku apabila berdpan..bila terserempak dimana2..tiap kali itu jua aku rasakan sebuah perasaan...

  Mungkin pernah aku nyatakan perasaan aku, mungkin pernah aku cuba sesuatu..tpi tidak pernah berbalas. Dalam hati aku ingin aku lepaskan perasaan ini, tapi ia masih disitu tersimpul rapi..kadang2 aku rasa semua ibarat langit dan bumi..dia langit aku bumi..aku terlalu mrendah dri..aku bukan seorg dokter mahupun seorang lawyer, aku bukan seorang pilot mahupun seorang pensyarah..di situ aku tahu tmpt aku..jauh utk aku gapai diri dia..aku hanya seorang lelaki biasa..bekerja biasa dengan gaji yang tidak seberapa..bolehkan hanya berbekalkan cinta dpat memberi makan, pkai semuanya..? tpi kdg2 aku tolak ketepi semua yg negatif..aku berbalik pada janji Allah..mungkin aku xjanjikan kemewahan berikan kekayaan tapi aku mampu membahagiakan..di situlah tempat aku mula berangan..sebuah angan-angan hdup bahgia..mana tahu suatu hari akan jadi kenyataan..aku berdoa, aku tawakkal, aku istiqarah..

  Dia masih jauh disana...buat aku keliru ttg sebuah perasaan...aku sdri tdk tahu mana dtgnya perasaan ini..dari sudut mana patut aku teliti..langkah apa yang patut aku buat..tiap kali itu aku cuba untuk mendekati, mula untuk bertanya padanya, tapi dihalang oleh perasaan aku yang lain..kdg2 didlm muka buku ini ternampak dia slalu ada dlm ruangan chat..namun tidak jua berani utk aku menyapa..aku tidak mahu dia berprasangka lain terhadapku lalu menjauhkan dri dari aku..oleh sbb itu aku terhenti. Kdg2 sewaktu dlu terserempak di tmpt keja walau skejap, buat aku tak keruan..kdg2 aku tgu bila dpt jumpa dia lagi..mcm mna pun dia tetap menjadi sumber inspirasi untukku.. menyintai seseorang tidak semestinya memiliki..namun aku mahu jua memiliki..

Jika suatu hari diizinkan Allah ditemukan, dia mjdi temanku hendak aku jadikan dia bahagia...hendak aku buat dia tersenyum selalu..hendak aku jadikan hari2 nya penuh dengan riang..mjadi temanku sehdup smati denganku...hngga tua.. InsyaAllah..


Wednesday, October 12, 2011

~ ketika bersua kembali...


Ku rasa bahagia ketika bersua
Senyummu tidak pernah ku lupa
Terasa masa terhenti seketika
Ketika engkau mula berkata
Bertanya khabar berita

Bergetar seluruh jiwa
Melihat senyuman manis
Tercipta di garis bibirmu
Membuat aku lebih keliru
Apakah perasaan ini
Hanya satu ilusi?

Dihadapanku engkau berdiri
Di suatu pagi disini
Bukanlah suatu mimpi
Setiap halus suaramu
Aku dengari terubat rindu
sekian lama menanti
saat bertemu kembali

Jelas dan nyata hatiku rasa suka
Akan hadirmu di setiap masa
Indahnya jika engkau pun sama
Adanya perasaan sesama kita
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Bolehkah kita berjumpa bersama?
meluahkan isi hati saling mengenali?
dan memahami supaya aku lebih mengerti..?
... anganku terhenti di sini...

-=[redhuan.redza]=-1950hrs,12/10/2011,bilikku.]=-

Tuesday, September 27, 2011

~ sebuah cerita aku..ketika ini..

Hari ini hari yang bosan. Otak berhenti seketika terasa mcm hilang tujuan.  Aku duduk melihat cermin tingkap,jalan raya di luar tu penuh sesak. Aku tarik nafas mengeluh panjang. Hujan rintik-rintik membasahi jalan. Boleh dikatakan setiap hari hujan. Aku tarik nafas lagi. Hurmm.. dilihat jam di tangan, masih belum masanya. Tidak cukup dengan itu jam di dinding ditatap lama. ‘bila lah nak balik ni..’ dalam hati aku berdetik.  Mungkin hari ini mood aku kurang baik entah kenapa. Bingkas aku bangun menarik laptop di depan aku. Masih aku buntu tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Terlihat di sudut kanan ‘note’. Aku membaca satu persatu nota yang ada di situ. Lalu aku terus menaip dan terus menaip sehingga noktah di perenggan ini.

Thursday, September 1, 2011

~ Lebaran ini ... Ramadhan yang pergi...


Lebaran ini...Ramadhan yang pergi...

Di pagi lebaran itu aku bangun
Menatapi tirai pagi
Tiada hening tapi bahagia
Kedengaran riuh indah di luar sana
Sayup hiba pabila
Takbir syawal menjemput hadir
Tanda kemenangan dalam berjihad

Syawal ini memberi erti
Erti sunyi dan sepi tanpa tawa
Tanpa rasa yang terperosok
Tersadai di kamar kelam
Rasa itu buat aku teguh
Dalam merenung erti Syawal
Merindui Ramadhan yang telah pergi
Aku menanti Ramadhan lagi

Di sini aku berada setiap hari
Mencuba meriangkan hati
Tiap kata tiap puitis dilakar
Untuk mencari kegembiraan
Walau perit walau sedih
Ku tutupi dengan senyuman
Itulah ujian dari Tuhan
Membentukku menjadi insan
~ oleh-=:||redhuanredza||:=- 2pm 1sept11

Tuesday, August 23, 2011

~ Senyummu...


Pada setiap senyummu ada rasa tenang
ada rasa bahagia yang menggamit jiwaku
untuk terus bersama tersenyum

Pada setiap senyummu terpapar lembut
hatimu yang merangkul resah perasaan
ketika melihat senyuman ayumu

Pada setiap senyummu membuatku
tidak sabar apakah lagi bibit bibit senyum
yang bakal kamu paparkan untukku terus menanti

dan setiap kali paparan dirimu
sesuatu yang baru
di setiap kali itu jua senyuman ayumu
semakin manis semakin penuh dengan
sebuah rasa...
senyummu memberi ceria...   -=:||redhuanredza||:=-
(*_^)

*kalaulh boleh 'like' gambar kamu yg sweet tu...

Friday, June 17, 2011

~ Dirinya sumber inspirasi yang menyempurnakan hari-hari...


Dia ku lihat saat pertama aku disini
penuh dengan senyuman
manis penuh keayuan

Dia menarik minatku
untuk mendekati dan mengenali
namun tak pernah aku berani
untuk berkata luahan hati

Dia membuat jiwaku
meronta cuba memanggil dirinya
saat aku sunyi dari lamunan mimpi
sepi dari kedinginan pagi

Dia menjadi sumber inspirasi
yang menyempurnakan hari-hari
membuat aku menunggu-nunggu
dimanakah dirinya di saat aku mencari

Dia adalah kekuatan untukku
meneruskan tiap-tiap pekerjaan ku
berharap dia di sisi menemani
melihat kesungguhanku dalam
tiap perilakuku

Dia tidak tahu
wujudnya sebuah perasaan
untuk hatinya
Dia tidak tahu
ada sebuah rasa
untuk dirinya
yang menjiwai tiap sudut hati
sebuah rasa yang akan membahgiakan
sebuah rasa yang akan mengukir manis senyuman

Walau dia hampir denganku
namun terlalu jauh untuk ku gapai
Walau dia di hadapku
namun hati tetap merindu

Senyumannya adalah kekuatanku
yang tidak pernah aku lupakan
Lirikan matanya adalah kegembiraanku
yang tidak sesekali hilang dlm pandangan
suaranya adalah penenang hatiku
yang tidak lenyap bergemersik disanubariku

Saturday, June 11, 2011

~ monologue...


Aku ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Tidak aku tahu bagaimana caranya untuk mengungkap sebuah kata-kata. Bagaimana dapat aku mulakan kata, di saat ketika hati mula berdegup laju bila berdepan. Saat itu hanya seketika, hanya sebentar.
                Kadang-kala ianya hanya sekilas pandangan. Detik itu tidak pernah lama. Tapi cukup untuk menggembirakan hari-hari yang penuh dengan kesibukan. Dia menjadi suatu penganjak untuk aku meneruskan hari-hariku. Tapi, aku masih terkial-kial mencari makna sebuah perasaan. Nyata aku sendiri keliru.
                Aku masih hanyut dalam mainan perasaan sendiri. Aku tidak mengerti bagaimana perasaan itu menerjah masuk menerpa terus ke dalam sudut hati. Ianya terus membuat aku bingung di kala aku sendiri. Ianya buat aku resah, di saat ia mula menular ke benak sanubari.
                Tetap aku di sini berdiam diri. Suatu ketika aku cuba juga memberitahu, secara tidak langsung. Adakah dia akan perasan? Aku tidak tahu. Jelas skali ia hanya cubaan kosong. Semakin hari semakin menjadi-jadi perasaan ini.
                Seandainya ada sebuah keyakinan itu memberi sebuah kekuatan untuk aku berkata-kata, mungkin dapat aku rungkai debaran yang sentiasa hadir pada tiap-tiap waktu itu. Pada waktu itu jua, aku tahu sejauh mana perasaan ini sama ada akan terus mencengkam jiwa atau ianya akan dibataskan oleh suatu perasaan yang lain.
                Hakikatnya, aku perlu berdepan dan meluahkan setiap perasaan yang telah lama disimpan. Setiap bibit-bibit kata aku cuba atur agar tidak kaku kelu lidah menuturkan. Aku tidak dapat gambarkan apa yang bakal terjadi. Pasrah.


~ secebis senyuman terbit di hati...



 senyum itu anugerah tuhan...
 gembira itu jua anugerah tuhan...
 saat suka bukan slalu ada...
 apabila hati tiada lgi duka...

 saat mula berkata seumpama mimpi..
 tiada mengharap cuma sebuah fantasi..
 terdetik di jiwa ingin berkata
 akan indah tutur bicara...

 secebis senyuman terbit di hati..
 di kala bicara menjadi peneman..
 walau sekadar kata-kata biasa...
 cukup jua menguntum senyuman..

 hasrat hati msih di jiwa
 simpan kemas menunggu masa
 andai waktu mengizinkan kita
 tiadalah fantasi hadirnya realiti..

 secoret kata seindah mimpi
 secebis senyuman seumpama pelangi....



Friday, June 10, 2011

~ perasaan...


~ perasaan...

..... perasaan itu adalah suatu yang misteri...
..... perasaan bukan hadir dalam satu, tapi byk...
..... perasaan susah utk ditafsir, kdg2 kita sendiri keliru apakah perasaan yg hadir ketika itu...
..... perasaan itu bukan hanya pada seseorg , tpi ia berkait dgn sesuatu yg lain...
....  lumrah, setiap insan di muka bumi ini mempunyai perasaan...
.... jika seorg insan itu tiada perasaan, maka hati nya keras bagai batu...
.... ya, perasaan itu dtg dari hati... dri hati lah ianya bermula..
.... segala jenis perasaan semuanya dtg dri hati...
.... kalau hati bersih tentu perasaan itu hadir dlm keadaan suci..
.... perasaan itu sukar diungkap dgn sebaris kata-kata...
.... malah mungkin jua sukar untuk dijelaskan dgn sebuah perlakuan
.... perasaan buat seseorang blh menjadi seorg yang hebat
.... perasaan juga buat seseorang jatuh tersungkur
.... nyata, perasaan ini adalah suatu yg istimewa
.... mungkin terlalu istimewa, cuma kita x tahu gunakannya..
.... emm apakah sebenarnya perasaan yg bermain di dlm hati ni...
.... terlalu lama ianya dipendam... aku sdri tak tahu bagaimana utk luahkannya..utk mentafsir sepenuhnya...
.... atau aku terlalu keliru utk meluahkannya, atau takut utk mentafsirkannya..
.... adakah perasaan ini hanya hadir dlm diri aku sahaja...
.... atau ianya juga hadir dlm diri seorg insan itu...
.... aku tidak pasti...
.... yang nyata perasaan ini sentiasa ada...yang ku faham, perasaan ini sentiasa ada utknya..
.... perasaan di dalam hati, di dalam jiwa..di dalam diri..yang berdiri di sebalik tabir..merenung, berkata2 cuma di dlm hati......

Thursday, May 19, 2011

~ Kadang- kadang


[+] kadang-kadang bila kita suka kt seseorg,
~ tak semestinya dia akan suka kita.

[+] kadang-kadang bila kita ada sedikit perasaan kt seseorg,
~ tak semestinya dia ada perasaan kt kita.

[+] kadang-kadang bila kita jatuh hati pd seseorg,
~ mungkin hati itu hanya jatuh dgn sia-sia.

[+] kadang-kadang bila kita jatuh cinta pd seseorg,
~ mungkin cinta itu tidak akan berbalas walau sikit pun.

[+] kadang-kadang bila kita rindu seseorg,
~ tiada pun org akan rindu pd kita.

[+] kadang-kadang bila kita lihat org yg kite suka senyum,
~ lalu terus meruntun jiwa kita.

[+] kadang-kadang bila terserempak dgn dia di mana2,
~ kita pula yg akan tersenyum bila memikirknnya.

[+] kadang-kadang hati mula berani utk meluahkan rasa,
~ tapi lemah pula bila berdepan, bibit terkunci, tersenyum malu.

[+] kadang-kadang kita berharap, akan adanya dia dlm hidup kita
~ namun apa yg kta minta mungkin bukanlah yg terbaik dlam hidup dia.

dan selalunya apabila hati dan jiwa mula meminta,
tiadalah termakbul apa yg dipinta...
~ cinta bukan utk dimiliki tetapi utk dihargai..

Wednesday, May 11, 2011

~ sekuat kerja, selemah badan


[+] suka ke aku pergi kerja?
~ suka

[+] kenapa suka gi kerja?
~ sbb kalau duk rumah, boring..xdpt 1 sen pun..baik keje

[+] kalau kerja dapat byk duit?
~ banyak! kalau byk on call, overtime..byk lah duit..klu takat keje xde dua2 tu, boleh tahan jugak lah..

[+] duk rumah atau gi keje mne best lagi..?
~ dua dua best, keje dpt duit, bila dpt duit leh beli mcm2, mkn mcm2, gi somwhere mcm2..duk rumah best lepas penat gilew buat overtime, onkoll, so bleh rileks2 tgk tv..kje manjang, kne gak rileks..

[+] ape yg best nyer ttg keje?
~ ntah aku pun tak tahu apa yg best, tak best kowt..yg best nyer time dpt gaji jew..

[+] apa yg mendorong aku gi keje?
~ Duitt!! sbb aku mata duitan..ahakz!

[+] faktor lain selain duit?
~ takde dah..duit je...

[+] tak penat ker bekerja
~ mau tak penat, penat. kdg2 tu x penat, tpi yg slalu ialah penat. Penat bila bekerja dgn org yg P.E.M.A.L.A.S!!

[+] ada orang yg malas keje ke kat sana?
~ mau takde, ada lah sorang dua, aku tak kesah pun..tpi kalu sampai membebankan aku..aku kesah

[+] Habis apa yg aku buat?
~ buat pandai lah ;p

Merapu rapan, aku bosan

Tuesday, May 10, 2011

~ semangkuk nasi, sebyk soalan..



[+] kenapa aku suka masak?
~ sebab, aku suka makan yg sedap sedap. rugi kalau x pandai masak, sbb x adventure klu x tau bende yg ada dlm mkanan tu..so, baik cuba try test masak..bru best..

[+] Kenapa x bli jer mkanan tu kt kedai? kan senang?
~ tak senang, malas nk keluar cri kedai, byk yg x sedap dri sedap..so kalau masak sdri, sdap tak sedap puas hati..sbb penat masak sdri..ahakz..!

[+] kenapa tak gi jer restaurant2 yg hebat2? tentu sedap..
~ Sebulan sekali okey juge.. tpi kalau hari2 nk mkn sedap, camne plak.. alternative lain..masak

[+] kenapa aku suka makan?
~ sebab makanan tu sedap, so aku suka makan sedap, so aku suka makan

[+] tak takut gemok kalau mkn byk?
~ takut, tpi makan jugak.

[+] takut gemuk tapi makan jugak, macam mana tue?
~ mcm nie..aku suka makan, so bukan pd kuantiti, tpi qualiti..so mkn sikit2 tpi sedap nyer yg byk...nikmati setiap kunyahan dgn tenang dan aman..kan sedap gitu.. mkn sepinggan utk sedap, klu 2 pinggan utk kenyang..so jgn mkn sampai kenyang, kan tak elok..

[+] makanan yg paling aku suka?
~ paling aku suka, makanan yg ber'sup'

[+] suka makan nasi tak?
~ ye suka. secawan jer. ;p


~ merapu rapan pd 10/05/2011,
aku bossan.

Monday, March 7, 2011

Dia pergi di saat aku memerlukan...

Dia pergi di saat aku memerlukan...
perginya dia kerana sebuah pertanyaan...
tidak lah aku kesal atas sebuah pemergian..
kerana dia telah memutuskan...

Jauh di segenap pelusuk hati...
masih terbayang hadirnya dia...
teringat dan terkenang di setiap memori...
sebuah persahabatan aku dan dia...

Dan di saat ini jua
hilangnya sumber inspirasi ku
di saat aku mula mengagumi dia yang
aku anggap sebagai pelonjak semangat

dia juga pergi di dalam sebuah emosi
yang tidak pernah diungkap
sekadar hanya mengagumi
di sebalik tirai impian

Tidak akan aku berhenti
dari mencari sebuah persahabatan
hubungan yang suci
untuk diriku mencari makna
kehidupan..









Saturday, March 5, 2011

Keindahan itu milikNya..

Aku terdiam terpana...
melihat keindahan ciptaan tuhan..
Setiap yang dicipta begitu indah..
cantik dan membawa hatiku pergi jauh
ke alam fana...

Dia maha besar, maha pencipta..
mencipta makhluk2 nya dgn kehalusan
dari dalam dan luaran...
dan setiap kali aku melihat keindahan ciptaan tuhan
aku tidak berhenti untuk memuji kebesarannya..

Di hadapanku telah Dia bukakan mataku
jelas nyata begitu cantik ciptaanNya
namun setiap kecantikan itu
bukanlah untuk dimiliki
tapi untuk dihargai...
walau dihati ingin sangat memiliki
kecantikan itu...

aku cuma manusia biasa
hamba yang kerdil dalam
dunia yang penuh dengan dugaan
dan cabaran...
Dalam pandangan mataku sentiasa
diuji...lalu aku berkata dalam hati
adakah aku melihat dengan pandangan mata yang selalu menipu..?
pandangan akal yang selalu salah..atau pandangan nafsu yang
selalu melulu..

Aku sedar aku terlalu ingin sesuatu yang indah
yang cantik dan comel untuk diriku
dalam waktu itu jua aku sedar
siapa aku di muka bumi ini...
Aku berserah padanya untuk menentukan
Dia maha mengetahui apa yang sulit
yang di langit dan di bumi..

Doa ku agar Dia akan kurniakan
padaku sesuatu yang indah padaku
yang akan membahagiakan ku
di dunia mahupun akhirat...
aku redha...

Thursday, March 3, 2011

03 march 2011

03 March 2011

Dah tiga hari x online dkt rumah... apa kan daya, kerja asyik blik malam...
then bila dah blik tgk katil trus rasa nk landingggg... =)
jadik nyer ..>> malas

Tpi bila dh online blik nie..tiba2 rasa x de mende pulak nak wat
...sebenarnya banyk...tpi asyik tgk jam..mcm xsempat jew nk wat something
bila online...

Time x online byk pula bende terfikir nk wat ape bila online, tpi dh online
sperti yg dikatakan tdi >> malas

hahaha dh mula merapu merapan dh nie... jam skrg pukul 11.45pm..
esok masuk keje pukul 7.30am...just nice...
niat di hati nie..ingat nk kasi tukar ckit appearance kt dlm blog nie...
tambah menambah apa yg patut...then kasi nice skit..layout nyer...
but sperti yg katakan tdi.. >> malas

Bilalah nk buang tabiat buruk nie...susah sgt ker hah???klu ada ubat telan/minum
dh lama minum nie...tpi mcm ni gak...penyakitnye...

okey try rajin ckit... urmmm..pe ekk..hah! ri tu makn chicken rice shop..
upload lah kowt kt blog try tahap kerajinan n kemalasan nie...
ari tu mkn kt chicken rice shop mmg best...
x tahu nape..maybe dh lama xmkn nasi ayam kowt...
order set..namanyer happiness set (happy lah sgt kui kui kui)
location: berjaya times square
serving mmg okey..so friendly...
perut pun dh lapar time tue... so nk yg ssesedap rasa lah kan..
so ape yg der dlm menu tue.. =
  1. Semestinya golden happiness chicken , ayam yg de rasa mcm masam manis cikit, senang cer ayam mayoniss kowt
  2. pai tee, ini mmg fav sedap dowh...try test mmg tak hingat sedap dia...rangup dan juicy
  3. sup fish ball, ermm yg ni boleh lah, klu sy yg mask laie sedap ekekek
  4. park choy, klu hainan chicken rice mesti x blh dilupakan sayur ni..sedap
  5. soap of the day, sup ayam lah time tu ada mnde sayur ntah dlm tu...rasa mcm labu air je
  6. kerabu mangga, yg nie mcm x sedap..byk pak aji kowt dia bubuh...mmg x abis yg nih
  7. roasted chicken, lupa pulak..ade lagi 1 jenis ayam...selepas ayam yg kt atas tdi, total 2 jenis ayam.
  8. ayer stramberry, so manis + massam...boleh lah..
Overrall sedap lah jugak...yg ayam roasted tu yg sedap rasa..
so tahap damage wallet time tu... rm45.. berbaloi ker..?
okey lah kowt..ye dak... =)
pic yg akan membuat diriku nak makan slalu ;p~















Friday, February 25, 2011

25 february 2011

25 february 2011

~ Hari yg penat...hri yg tension
pagi tadi bwak motor hijau ker kok motor utk diservis
lama jugak lah tak diservis..servis pun slalu tukar myk itam jew
itupun buat sdri kt rumah...
hri ni bwak kedai nak tukar lining break blakang..
dh hbs lining tu...hurmm..2thn bru tukar...huhuhu
laie pun motor tu bwak gi kje blik kje jer..
so taklah often sgt kowt bwak kuar...umah pun dkt..
plg cepat 15 mnt sampai..
lama ckit 20 mnt...klu dh slow sgt..alik2 pun sampai 30 mnt...
apek kok mtor tu kata..sprocket bkang dh tajam mau tukar ka..??
dh agak dah ..apek ni mesti nk tanya punya...jdi pe laie..
nk taknak tukar lah...mmg plan ingat nk tukar lama dulu...
ingat nk tukar bulan depan...but ok jugak tukar cepat2...
tot tet tot tet...amik rantai rk-m, sproket dpn blakang
4t hi-rev, lining break...semuanya rm198.00. tersedak lah ckit
bila tgk bill tu..tambah laie 2 rat, dh nk dekat rege service kreta sy..hurmm
hbis citer..semua dh service..
sbelum jumaat...blik umah dlu..makan, lap2 moto...
al maklum bru pas service..then blik tmpt keje..
blik keje pulak tgk2 ...cover screw kt handle hilang pulak..???
tensionn betul..ade pulak malaun mne curik...
mmg naik angin...parking pun kt dlm ospitel, bkn luar
ospitel...itupn ada jugak pencuri...mmg kne sumpah lah..sesape yg gatal tgn curik..
terbakar tgn dia nti... aminn...
adoyaii..sok pas blik kje nk pi cri pulak kt kedai motor sentul cover tu...1 keje..
hurmm...mlm ni mmg boring...online pun xder mender nk buat..
blik keje pun mlm... bdn dh penat...nk men online game...
rse mcm penat je bdn ni...sambil2 menaip..sambil2 tgk spderman..
hurmm boleh lah...




Wednesday, February 16, 2011

16 february 2011


16 february 2011

~ On call day... selamat case ckit jew hari ni, tepat pukul 9.30pm. siap2 blik..
fuh! lega.. best.. cuaca kt luar agak basah..rasa seriau jugak nk bwak mutor nie..
fobia ckit...accident hri tu..hurmm..seriau2 pun ada jugak pulas sampai 160km/h
hurmm..balik2 mandi & masak..huhuhu sempat laie masak..bese2 jer, megi grg jew..
then tgk tv..mlm ni crita x best sgt lah... tv2 pun kuar citer lama..alik2
tgk 8tv..lake house..ermm layan jelah... best gak..jiwang..sandra bullock cun ..i like..
ntah mcm mana ter feeling pulak..jiwang betul..
mende lah ngarut nih huhuhu..
layan je lah..tduw dlu.. =) nite



Monday, February 14, 2011

14 february 2011

14 february 2011..

~ Date nie mesti semua org tahu kan.. tipu lah kalu x tau..
Sebenarnya apa yg special dgn date nie.. apa yg blh dikaitkan
dgn date nie..?? cokelat? bunga? dating? berdua-duan2?
bermadu kaseh??maksiat??? mcm2 kan...

Cuba lah dibukak balik buku sejarah...(buku sejarah utk spm & pmr xde..)
kaji balik fakta sejarah n baca apa yg sebenarnya berlaku..
hurmmm...

14 februari

1. mengaitkan pesta org kuno sebelum kedatangan agama kristian dan
pesta ini namanyer lupesalia yg dibuat pada 13 hb hga lah 18 februari.
Mereka menyembah dewa cinta yg nama nyer juno februata..hah! tu yg bulan
february tue..dan pde mlm pesta inilah nama2 gadis2 rom akan ditulis
dlm sehelai kertas dimasukkan ke dlm sebuah bekas, pemuda2 yg ada ketika itu
ambik krtas yg ada dlm bekas tu dan nama gadis mana yg naik..gadis itu
yg akan jdi peneman utk memuaskan nafsu selama setahun...huh??

2. mengingati kematian paderi st valentine yg dibunuh oleh raja romawi kerana
menyebarkan agama kristian. raja romawi nni kan sembah dewa-dewi..jdi dia pun
dihukum bunuh, diseksa. Time dia dlm penjara dia tolong menolong banduan
dlm penjara tu,sebrkan agama kristian. Mereka pun rasa betapa hebatnya St valentine nie..
so, bile time dia mati, why not kita sambut n raikan kematian dia..sebelum dia
mati dia sempat menulis surat kepada gadis yg dicintainya yg merupakan salah seorg anak
kepada pegawai penjara tersebut dan dia tandatangan surat tu.. " from ur valentine.."

3. St valentine yg telah menjadi icon kasih sayang yg mengahwinkan ramai tentera muda
ketika itu..raja rom x mau lah tentera2 muda nie kawin awal..klu semua kawin awl..
sape nk jd tentera..berjuang..kerana mengenangkan jasanya yg merupakan icon kasih syg..
maka diorg mengiktiraf valentine days ni kerana dia dihukum bunuh pada 14 february

4. meraikan sejenis burung yang suka mengawan pada 14 february yg merupakan tradisi
org inggeris.

5.St valentine memainkan peranan yg besar menjatuhkan kerajaan islam di Cordova, Sepanyol..


Tuesday, February 1, 2011

01 february 2011

01 february 2011

~ Yey!! cuti!! cuti!! Bestnye dpt cuti nie...
cuti hari wilayah sambung ke cuti thn baru cina.. campur pulak
dgn cuti weekend..hah! smgu lebey cuti best kan bunyi..
best tu x best lah..smgu cuti memerap jer..
rumah@rumah atuk..sma jer..cuti main game..game n game
ape lagi nk layan kan...

klu nk jalan2 pun tak ke mana pun..
tak ke bendang, ke kebun, tak ke kebun
ke jeti.. tu je lah...but skrg bosan klu blk kg..
xder member nk diajak gi jln2.. klu dlu
zaman kanak2 best ade je aktvti kt kg nie..

rindu zaman dlu2..ngan cousin g ronde2 naik beskal
cri kerang kt jeti, gi kebun panjat pokok kelapa..
best nyer...

yey sambung tiduw ah..

Tuesday, January 25, 2011

25 January 2011

25 January 2011

~ Aii.. hri ni rasa mcm sedap je perut... wallet pun mcm
save jer... rupanya ari ni adae yg nk belanja makan nie..
yey! ada org blanja makan..!!

al maklum lah ada member yg masyuk bulan 1 dpt insentif..
So, menu apa hri nie..?? nasi tomato..ayam masak merah..
arca timun@jelatah mende ntah namanye..

memang menjilat jari lah masing2..tpi part yg best
ialah time past makan.. semua terbungkang tiduw..huhuhu
pastu sy pun pe lagi..wat ckit vid lah utk hri tu...huhuhu http://www.youtube.com/watch?v=usCHoycyA4Y
ok larghh bye 4 now...

Sunday, January 23, 2011

23 January 2011

23 January 2011

~ Nothing more happier when u get ur salary after hardwork
all day long...Alhamdullillah rezeki yg Allah beri tu
sentiasa melimpah ruah...

2011, semuanya utkku sorang, target thun nie..
tiap2 bulan mesti beli baju,suar..nk penuhkan closet punya pasl..
then target nk bli some furniture utk bilik nie..
doing some major renovation..dh bosan dgn brg2 lama

n yes, semuanya dh pun dibeli huhuhu..
sronok nyer..duit ku adalah utk ku
only me...nice kan..
xmau lah kongsi2..tak mau laie'
kongsi2 org len..huhuhu..just me..
bukan kata nk sellfish..tpi thun ni apa kata kalau
dimanfaatkan utk memanjakan diri sendiri..
hadiahkan something utk diri sendiri...
cintakan diri sendiri...i love myself muacks!! huhuhu

i love 2011.. =)

Saturday, January 1, 2011

01 January 2011

01 January 2011

~ Hai there... lain mcm je tgk blog sy nie... huhuhu..
yup dlm process renovation (mcm renovate rumah pulak).

Ntah mcm mana, post lama dh dilenyapkan...why?? idunno..
maybe borink dgn cer lama..mls nk dikenang..

next entry semuanya jurnal of my life... nothing yg spesel
just luahan perasaan jerk..haha 'jerk'

xde idea nk gondeng2 blog nie...but simple is easy rite..
bye 4 now..