Sunday, July 29, 2012
~ Monologue. Secebis rasa.
Secebis rasa itu hadir dalam kedinginan senja apabila hati mula merasa akan kepulangan dia. Rasa yang bercampur baur hampir sahaja melenyapkan kebingungan dalam minda. Apa yang aku fikirkan ini..!? Kenapa ada secebis rasa di dalam hati ini..!? Bukankah.. bukankah telah aku..... sigh..!! aku tewas dalam lingkungan kepulan perasaan aku sendiri. Hendak sahaja aku robek hati ini lalu ku buang jauh-jauh...! agar tidak ada rasa di dalam rusuk kiri ku ini..!
Jantung ini seumpama tidak mahu berhenti dari terus berdebar seperti dipalu bertalu-talu. Manakan tidak, suatu ketika aku telah luah segala isi hati namun, aku tahu dia jauh dan jarak itu seumpama memberi kekuatan. Tapi tidak pada hari ini. Segalanya bukanlah mudah seperti yang disangka. Aku rasa malu, aku rasa seperti ingin lari dari tempat ini agar aku tidak terserempak dengannya di mana-mana. Jauh di sudut hati, aku malu tapi aku mahu... aku mahu bersua muka walau seketika.. mendengar lunak manja suaranya.. agar hilang segala rindu yang selalu bertakhta di hatiku..
Detik itu hadir jua. Cepat-cepat aku menahan nafas. Mengawal minda dan perasaan. Dia berada di hadapanku. Melihat, mendengar dia berkata-kata, tidak lah lama namun tidak pula sekejap. Walau pertemuan itu tidak dijangka, tapi cukup untukku. Bicaranya mudah dan bersahaja. Lirik matanya ayu. Lunak suara manjanya lembut. Susuk tubuhnya makin kecil. Aku berharap dia sihat sentiasa.
Nyata, yang sebenarnya aku tidak tahu bagaimana untukku memulakan kata. Ingin ku panjangkan bual bicara. Ya, okey, orait itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari bibir ku. Akhirnya dia berlalu pergi. Meninggalkan aku berserta tugasku yang perlu aku selesaikan. Aku tersenyum. Sendiri. Bukankah patut tadi aku bertanya khabar padanya.. bukankah patut aku memberi sedikit kata-kata yang boleh membuatkan detik itu lebih bermakna.. aku rasa kerugian..
Entah mengapa perasaan ini mula memberontak. Aku ingin lenyapkan perasaan ini. Biarkan ia lepas terbang bebas di udara. Tapi perasaan itu masih kuat terikat seperti tali yang melilit kemas dihati ini. Ingin aku gunting, ingin aku cantas tali itu namun manakan boleh jika tali itu adalah sebenarnya dawai yang keras. Aku tidak boleh melenyapkan perasaan ini terhadap dia.. mengapa.. mengapa harus perasaan ini ingin tetap berada di dalam hati..
Sejenak terimbas pertemuan itu, memberi aku sebutir harapan. Harapan supaya aku terus mengejarnya. Itu kata hatiku. Kata bidalan ikut hati mati, ikut rasa binasa... jadi apa yang patut aku ikut...?! apa yang patut aku rasa..?!...AAhh mengapa aku harus dalam persoalan jika hakikat sebenarnya aku hanya bertepuk sebelah tangan..
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi..
Itulah dinamakan Hati.. penuh dengan rasa dan rahsia yang tersembunyi.. aku sendiri tidak faham soal hati ini.. jika begini, aku perlu meminta maaf terhadap hati.. maaf sbb biarkan kau jatuh lalu dibiarkan engkau bersendiri.. tanpa ada yang menggapaimu, menempatkanmu di suatu ruang untuk mu.. mari, aku rangkulmu dalam dakapan kiriku.. biar aku sahaja menjagamu sehabis hayatku... sesungguhnya kita telah berusaha dan berdoa...moga dengan tawakkal, tuhan akan bawa kita kepada kebahagiaan..
Subscribe to:
Posts (Atom)