Monday, October 17, 2011

~ Monologue... [part 2]


Aku sediri di dalam kamarku memikirkan tentang masa depan aku. Kerjaya, pelajaran aku, kehidupan aku semuanya mula berlegar-legar di dalam kepala seumpama jalan raya yang penuh sesak. Hari ini baru sahaja aku dapat tahu bagaimana nikmat dapat kembali sesuatu yang pernah ditarik oleh tuhan. Perit, susah, bengang semuanya itu ujian oleh tuhan kepada aku setelah Dia tarik nikmat yang diberi dahulu. Sekarang, sekarang aku tahu nilai sebuah kehidupan.. nilai sebuah kekeluargaan, nilai sebuah persahabatan..nilai kasih seorang mama..nilai kasih seorang abah..nilai sayang seorang adik..yang tidak pernah putus-putus memberi makna nikmat kehidupan..

Selama aku lemah, sakit, kasih mama yang selalu temankan aku. Dari tmpt tdur ku..makanku..mjaga aku siang dan malam..melayan karenah aku seorang. Setiap kali aku meminta sesuatu tentu dia tunaikan. Sanggup bjalan kaki ke kedai yang jauh semata-mata untuk puaskan permintaan aku.Kadang-kadang aku rasa bersalah, seperti menyusahkan dia..suruh ke sana ke mari..terkadang bergelinang air mata menanti saat jatuh ke pipi bila memikirkannya. Cepat-cepat aku kesat sebelum sesiapa tahu. Mama adalah 'Supermak' aku. Aku rasa tiada yang lebih baik dari dia..

  Aku rasa bersyukur sangat dapat balik nikmat yang Allah tarik selama ni. Tangan kanan aku. Tanpanya apa yang boleh aku buat? Macam mana aku nak petik gitar, macam mana aku nak masak makanan favourite aku? mcm2 yang aku tanya..aku tanya pada Allah, kenapa dia perlakukan sebegitu pada aku? Aku rasa geram, namun pada akhirnya aku sedar semua ini ujian untuk aku. Ujian mnguji ketabahan, menguji kesabaran, dan menguji keimanan aku sebagai seorang insan..dan itulah makna sebenar yang aku belajar..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

  Seperti peluang kedua untuk aku, aku perlu gunakannya spenuhnya.. dan saat ini aku berfikir apa yang perlu aku lakukan dalam kehidupan aku ini..aku mula mengatur kembali apa yang terlepas, apa yang perlu dicari, apa yang patut dilengkapi..aku tak mahu lalai lagi dlm meniti hari-hari..aku nak tiap2 hari penuh dengan makna..kerjaya,mungkin aku patut cari sesuatu yang lebih baik dari sekarang, pelajaran, mungkin patut aku menambah lagi ilmu...kehidupan..aku mahu lengkapi hidup aku dengan seseorang..menemani aku..hdup bahagia sampai tua, hingga akhir hayat..hanya mati yang dapat memisahkan...

  Alangkah indahnya dapat hdup begitu, aku berjanji pada diri aku seandainya aku dianugerahkan seseorang untuk menemani aku.. akan aku mnjaganya sepenuh hati kerana dia adalah amanah Tuhan untukku..akan ku bimbing dirinya untuk sama-sama bahagia sesudah dunia..aku ingin sgt hdup bahagia.. saat itu masih belum hadir, bila ditanya siapa di hati..tiada..aku masih menyendiri..sedetik di hati aku menyukai seseorang, seseorang yang aku jatuh hati..ntah mcm mana dapat aku huraikan perasaan aku ini..aku pun tak tahu..Aku rasa bagaikan dia adalah sesuatu bagiku..dalam hati ni nak sangat meluahkan rasa hati padanya..rasa suka padanya..tpi aku tak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu..aku rasa takut untuk aku luahkan, takut dia tidak akan muncul lagi dlm hdup aku selepas itu mungkin..senyumannya, lirikan matanya, suaranya cukup buat aku terkaku apabila berdpan..bila terserempak dimana2..tiap kali itu jua aku rasakan sebuah perasaan...

  Mungkin pernah aku nyatakan perasaan aku, mungkin pernah aku cuba sesuatu..tpi tidak pernah berbalas. Dalam hati aku ingin aku lepaskan perasaan ini, tapi ia masih disitu tersimpul rapi..kadang2 aku rasa semua ibarat langit dan bumi..dia langit aku bumi..aku terlalu mrendah dri..aku bukan seorg dokter mahupun seorang lawyer, aku bukan seorang pilot mahupun seorang pensyarah..di situ aku tahu tmpt aku..jauh utk aku gapai diri dia..aku hanya seorang lelaki biasa..bekerja biasa dengan gaji yang tidak seberapa..bolehkan hanya berbekalkan cinta dpat memberi makan, pkai semuanya..? tpi kdg2 aku tolak ketepi semua yg negatif..aku berbalik pada janji Allah..mungkin aku xjanjikan kemewahan berikan kekayaan tapi aku mampu membahagiakan..di situlah tempat aku mula berangan..sebuah angan-angan hdup bahgia..mana tahu suatu hari akan jadi kenyataan..aku berdoa, aku tawakkal, aku istiqarah..

  Dia masih jauh disana...buat aku keliru ttg sebuah perasaan...aku sdri tdk tahu mana dtgnya perasaan ini..dari sudut mana patut aku teliti..langkah apa yang patut aku buat..tiap kali itu aku cuba untuk mendekati, mula untuk bertanya padanya, tapi dihalang oleh perasaan aku yang lain..kdg2 didlm muka buku ini ternampak dia slalu ada dlm ruangan chat..namun tidak jua berani utk aku menyapa..aku tidak mahu dia berprasangka lain terhadapku lalu menjauhkan dri dari aku..oleh sbb itu aku terhenti. Kdg2 sewaktu dlu terserempak di tmpt keja walau skejap, buat aku tak keruan..kdg2 aku tgu bila dpt jumpa dia lagi..mcm mna pun dia tetap menjadi sumber inspirasi untukku.. menyintai seseorang tidak semestinya memiliki..namun aku mahu jua memiliki..

Jika suatu hari diizinkan Allah ditemukan, dia mjdi temanku hendak aku jadikan dia bahagia...hendak aku buat dia tersenyum selalu..hendak aku jadikan hari2 nya penuh dengan riang..mjadi temanku sehdup smati denganku...hngga tua.. InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment