Monday, December 5, 2011
~ Monologue... [part 3]
Apabila hati mula berkata, " Sampai bila harus dipendam semua perasaan yang disimpan dalam hati ini?" Aku terdiam seketika. Tidak tahu apa jawapannya. Bila direnung kembali kenapa ada perasaan ini dalam jiwaku, sejenak aku kembali dalam ingatan yang lepas. Saat pertama jatuh hati pada seorang insan itu. Tidaklah kerana cantik, namun mungkin ayu manis wajahnya. Membuat aku sering mencari ruang melihat dirinya. Mungkin jua kerana sifatnya, yang manja, lembut suaranya apabila berkata-kata.
Aku suka disaat bila terdengar suaranya walau hanya di ganggang telefon. Aku suka apabila bertemu dengannya walau pertemuan itu hanya terserempak dimana-mana. Nyata, dia tak pernah tahu tentang isi hatiku. Namun cukup mengukir senyuman di wajahku. Menyebut namanya sahaja terasa seperti mesra mula mendakap jiwa.
Hakikatnya, perasaan ini sukar untuk diluahkan. Perasaan sayang, perasaan rindu. Segala macam perasaan bercampur baur. Kalau rindu, hanya disini dapat aku melepaskan rindu. Melihat gambarnya tersenyum ayu. Aku cuma bertepuk sebelah tangan. Tak berbunyi.
Pernah terlintas kegilaan aku nak sangat meluahkan perasaan padanya. Lantas jari jemari terus menaip segala macam luahan perasaan. Tiap-tiap baris, ungkapan, patah perkataan berulang-ulang aku baca. Sampai aku terlena sendiri. Tapi tidak pun aku hantar. Aku takut kalau aku ditolak."...Maaf hati saya sudah dimiliki...Maaf saya tak suka awk...Maaf awk bukanlah lelaki yang saya cari..." setiap rangkap itu membuat aku terhenti dari lamunan mimpi.
Mungkin jua dia ada yang punya. Orang sekeliling pernah berkata dia ada boyfren. Ada sumbody. Harta, pangkat dan kekayaan, paras dan rupa adalah mesti baginya. Hati aku mula luluh bila mendengar semua itu. Tapi aku masih pelik dengan jiwa dan perasaan aku ini. Seolah-olah semua itu bukan penghalang untuk aku terus suka padanya.
Perlukah kita mendengar kata-kata orang. Sedangkan kita sendiri patut bertanya pada empunya diri. Aku masih berharap seandainya ada ruang untuk aku meluahkan perasaan. Aku juga berharap kalau dia mempunyai perasaan yang sama seperti aku.
Seandainya pangkat dan harta, kekayaan paras dan rupa menjadi titik perbandingan. Aku kalah pada semua itu. Namun hati dan jiwa aku tidak pernah berhenti dari terus menjadikannya inspirasi. Jika ada ruang dan kesempatan ingin sangat aku katakan padanya...
"....awk, sy suka pada awk.. sy jatuh hati pada awk.. sy selalu menunggu awk.. tunggu saat bila dapat terserempak dengan awk... tunggu saat bila dpt dgr suara awk... nk sgt minta no phone awk, nk dgr suara awk dan berborak dgn awk.. nk ajak awk keluar tgk wayang crita semasa.. tp sy tahu awk mgkin sibuk bekrja, mungkin awk ada perkara lain perlu diselesaikan..mungkin nanti bila awk lapang nti, mgkn bukan skrg, mgkn suatu masa nti..bila awk free..sy xkisah..sbb sy sentiasa menanti awk.. awk..sy pendam perasaan ini pd awk... kehadiran awk di saat sy lemah, membuatkan sy ingin kuat... di saat sy sakit, awk hadir dengan senyuman.. senyuman awk penawar segala duka.. buat sy lupa yang sy lemah.. kehadiran awk walau sekejap terus memberi sy sinar untuk trus berpaut pd khidupan.. awk, awk lah kekuatan utk sy terus berada disni.. kalau awk tiada, sy tak tahu apa yg patut sy lakukan.. sbb awk lah tmpt sy berpaut.. menjadi inspirasi sy untk trus kekal disini...kalau awk pergi ke tempat lain.. kalau blh sy ingin pergi bersama.. awk, sy suka sgt pada awk..dlm setiap angan ada awk.. awk walau sy tidak punyai apa2..tpi sy tahu sy mampu membahagiakan awk.. mampu gembirakan awk.. sy sentiasa cuba dlm setiap hari2 sy menceriakan.. awk..sy ingin awk jadi teman hidup sy..sehingga mati itu yang memisahkan kita.. ingin hdup tua bsama awk..punya anak dan cucu.. ingin menghabiskan masa mencari redhaNya bersama2... jika sekiranya takdir tidak menemukan kita sy harap awk dpt baca tiap luahan kata-kata sy ini.. sy akan terus myukai awk..menyayangi awk..merindui awk... saya cintakan awk.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment