Saturday, May 19, 2012

~ S.I.N.G.L.E or S.O.L.O or just make it for T.W.O?

Single atau solo..? Bukankah ia punya satu makna yang sama?...

       Single atau berdua bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan. Boleh dikatakan 'tidak perlu suka sangat' akan kedua status tu. Ada hikmah disebaliknya.

       Pastinya hidup 'single' ni lebih 'free' dalam bahasa panggil 'bebas'. Define 'bebas' dalam erti ini, bermaksud anda bebas melakukan apa sahaja tanpa ada kongkongan, batas atau perkara untuk anda buat sesuatu itu. Maksudnya, perkara-perkara tersebut perlulah yang ikut hukum-hukum agama. Bukan lebih daripada itu.

        Bagi aku hidup sebagai seorang yang single ni lebih kepada sunyi. Lebih tepat seorang loner. Tak terikat dengan sebarang komitmen. Nak jaga hati itu ini dan bermacam karenah lagi. 'Honestly, i've been through dat point..' . Banyak yang perlu dikorbankan kalau hidup berdua.. 'That's price u must pay for those relationship'. Hal sedemikian menjadikan pengalaman hidup itu lebih bermakna. Hidup ni sebenarnya adalah sebuah pembelajaran rite..?

        Bagi aku semuanya mudah, lancar, dalam masa sama sepi. kalau hidup single ni. Mana tidak, bila berjalan ke mana-mana..sendiri. But good news, i can flirt with anyone i like..! Haha! 1 point lah untuk solo rider ni. Tapi sampai bila kan.. Dan perkara paling yang biasa ialah boleh save up duit. Just imagine bil hphone atau prepaid boleh save up banyak sangat! Kalau prepaid lagi save. Siapa je yang nak dok mesej kan..dan macam-macam lagi..

        So, aku masih dalam pencarian, mencari miss rite. Dalam erti lain mencari seseorang untuk spend money, spend time, spend macam-macam lagi bersama-sama sampai kopak!!?? haha.. Nope.. maksud aku aku nak kongsi kebahagiaan bersama-sama. Happiness is real when shared. Jadi single atau solo ini hanya boleh untuk sementara waktu sahaja. Sampai masa, kita perlu hidup berdua.. itulah fitrah manusia. Single is the best. But couple is more excited..couple as husband and wife yea.. ;)

Thursday, May 17, 2012

Sedikit cerita tentang cinta luahan dan perasaan

             Perasaan ini tidak dapat ku tampung lagi. Dalam minda terlalu banyak perkara menyuruh aku menyatakan segalanya yang ada di dalam hati dan jiwa.  Bagaimana hendak ku mulakan kata. Aku pun sendiri tak tahu bagaimana caranya.

            Aku berfikir dan terus berfikir. Mengapa perlu aku luahkan semua ini. Mengapa perlu aku nyatakan segala perasaan di dalam jiwa ini, perlukah aku nyatakan tentang perasaan ini, pentingkah perasaan ini . Soalan demi soalan aku soal pada diriku sendiri. Nyata perasaan ini terlalu membuak-buak. Aku perlukan jawapan pasti. Aku perlukan jawapan di atas soalan-soalan ini. Oleh kerana itu aku perlu meluahkan segala perasaan yang lama terpendam di dalam hati.

            Aku tidak tahu, bila lagi ada peluang untuk aku nyatakan perasaan aku terhadap dia. Mungkin esok atau lusa? atau mungkin tiada lagi esok untuk aku. Aku hanya ada hari ini sahaja.. " Jika aku luahkan segalanya padanya, aku perlu hadapi segala jawapan dan janganlah aku mengharap dengan sebuah harapan yang terlalu tinggi.." pesan hatiku. 

            Ternyata aku perlu hadapi segala jawapan yang bakal aku terima nanti. Saat itu mungkin merubah segalanya. Biarlah apa pun yang akan terjadi. Aku cuba...daripada aku tidak berbuat apa-apa..lebih baik aku nyatakan sahaja dari aku terus hanyut dalam sebuah perasaan.
 
             Tanggal 29 Februari 2012, aku beranikan diri. Meluahkan rasa dan perasaan yang aku pendam terlalu lama di dalam lubuk hati. Tidak panjang tidak lah pula berbunga-bunga luahan itu... hanya sekadar menyatakan yang aku telah jatuh cinta padanya. Tidak dapat aku huraikan bertapa berdegup kencang jantung aku ketika itu. Tiap-tiap baris yang aku taip di dalam handphone aku, dibaca berulang-ulang kali hingga 'button' send itu aku tekan sambil menutup mata. Lalu terus aku letakkan jauh-jauh handphone itu. Cepat-cepat aku gapai bantal dan terus baring menekup muka.

             Aku risau, bimbang, resah.. segala macam perasaan datang menerjah ke dalam minda... Apakah betul apa yang aku lakukan ini. Sesungguhnya, segalanya ini aku berserah pada Allah... telah pun aku berdoa, dan perasaan dalam jiwa ini seakan terus membawaku untuk meluahkan segalanya. Aku redha. Aku menanti jawapan daripadanya hingga aku sendiri terlelap dibuai mimpi.

             Keesokkan paginya, aku terima pesanan ringkas daripadanya.. yang menyatakan dia rasa malu atas luahan hatiku itu.. dan dia berterima kasih.. aku cuma tersenyum...  dan terus tersenyum.. aku rasa gembira.. dan tidak tahu apa yang perlu aku katakan selepas itu. Petang itu baru aku balas pesanan ringkas tersebut. Lalu dia bertanya bagaimana aku boleh jatuh cinta padanya.. dan aku terus memberitahu tentang perasaan hatiku..

             Seterusnya dia menyatakan maaf kepadaku.. dan dia nyatakan mungkin dia tidak dapat membalas segala apa perasaan aku kepadanya.... dan aku nyatakan yang aku sudah sedia menerima walau apa pun jawapan daripadanya.. dia katakan maaf mungkin sedikit sebanyak telah mengguris perasaan aku. Aku cuma katakan yang tiada apa yang perlu dimaafkan kerana dia tidak sedikit pun berbuat salah padaku..

             Aku tidak dapat hendak bercerita lagi akan luahan ku dan kata-katanya kepadaku. Nyata, aku telah dapat jawapannya. Memang perasaan cinta ini terlalu dalam bagiku. Aku telah jatuh cinta pada saat pertama aku bersua dengannya. Namun, aku pendam hingga ke saat ini. Begitu lama aku simpan. Akhirnya di  saat itu aku luahkan. Bukan kerana apa, aku takut mungkin esok atau lusa aku tiada lagi di dunia ini. Mungkin kerana trauma kemalangan yang lepas membuat aku rasakan tiada esok bagiku. Segalanya adalah hari ini. Semalam telah jadi sejarah, esok kita tidak tahu.. jadi yang ada hanya hari ini.. seperti tiada istilah 'tunggu masa yang sesuai' bagiku lagi..bila aku berdoa kepada Allah lalu di dalam jiwa mendorong aku untuk meluahkan.. aku terus gapai peluang  yang ada dan teruskan hasrat di hati.

            Pernah aku terbaca rangkap kata Ustz Azhar Idrus yang famous tu berkata ' kalau dah berkenan pergi ke rumah dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin' ... Seriously memang aku dah pun berhajat sebegitu. Hinggakan aku tanya kawan-kawanku cara-cara merisik dan segala macam perkara yang perlu wajib harus aku lakukan. Hendak sangat aku pergi ke rumahnya berbuat yang sedemikian. Namun, aku rasakan aku perlu luahkan rasa hati ini dahulu memberitahu tentangnya. Lepas itu barulah aku usulkan yang seterusnya. Itulah niatku.

            Semuanya mungkin terhenti di situ atau mungkin masih ada lagi peluang untukku?. Aku sendiri masih keliru dan tidak tahu. Ruangan sosial menjadi perantara antara aku dan dia. Sedikit peluang, cuba aku ambil tiap kali ada ruang-ruang yang boleh aku berbual-bual dengannya. Status update, gambar, atau apa-apa pun di ruangan sosial itu yang mungkin ada ruang untuk aku berkata-kata, aku cuba.. dan terus mencuba.. untuk berada di hatinya..

            Sekarang, aku hanya berada di belakang tabir cyber. Melihat, membaca, tentang dia di dalam laman sosial. Aku hanya mampu tersenyum. Laman yang biasa aku update status, gambar, komen dan bermacam-macam lagi kini sepi. Aku tinggalkan ianya begitu dan aku hanya membaca dan melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa. Aku mengambil masa sebentar untuk merehatkan jiwa dan perasaan.

            Aku sunyi. Walau pun begitu tetap aku cuba mengisi tiap-tiap kesunyian itu dengan kerja-kerja. Cuba untuk merehatkan jiwa. Namun tetap terfikir akan dia. Perlukah aku melupakan? atau lebih baik aku terus sendiri.. keseorangan sampai bila-bila?...