Friday, June 17, 2011
~ Dirinya sumber inspirasi yang menyempurnakan hari-hari...
Dia ku lihat saat pertama aku disini
penuh dengan senyuman
manis penuh keayuan
Dia menarik minatku
untuk mendekati dan mengenali
namun tak pernah aku berani
untuk berkata luahan hati
Dia membuat jiwaku
meronta cuba memanggil dirinya
saat aku sunyi dari lamunan mimpi
sepi dari kedinginan pagi
Dia menjadi sumber inspirasi
yang menyempurnakan hari-hari
membuat aku menunggu-nunggu
dimanakah dirinya di saat aku mencari
Dia adalah kekuatan untukku
meneruskan tiap-tiap pekerjaan ku
berharap dia di sisi menemani
melihat kesungguhanku dalam
tiap perilakuku
Dia tidak tahu
wujudnya sebuah perasaan
untuk hatinya
Dia tidak tahu
ada sebuah rasa
untuk dirinya
yang menjiwai tiap sudut hati
sebuah rasa yang akan membahgiakan
sebuah rasa yang akan mengukir manis senyuman
Walau dia hampir denganku
namun terlalu jauh untuk ku gapai
Walau dia di hadapku
namun hati tetap merindu
Senyumannya adalah kekuatanku
yang tidak pernah aku lupakan
Lirikan matanya adalah kegembiraanku
yang tidak sesekali hilang dlm pandangan
suaranya adalah penenang hatiku
yang tidak lenyap bergemersik disanubariku
Saturday, June 11, 2011
~ monologue...
Aku ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Tidak aku tahu bagaimana caranya untuk mengungkap sebuah kata-kata. Bagaimana dapat aku mulakan kata, di saat ketika hati mula berdegup laju bila berdepan. Saat itu hanya seketika, hanya sebentar.
Kadang-kala ianya hanya sekilas pandangan. Detik itu tidak pernah lama. Tapi cukup untuk menggembirakan hari-hari yang penuh dengan kesibukan. Dia menjadi suatu penganjak untuk aku meneruskan hari-hariku. Tapi, aku masih terkial-kial mencari makna sebuah perasaan. Nyata aku sendiri keliru.
Aku masih hanyut dalam mainan perasaan sendiri. Aku tidak mengerti bagaimana perasaan itu menerjah masuk menerpa terus ke dalam sudut hati. Ianya terus membuat aku bingung di kala aku sendiri. Ianya buat aku resah, di saat ia mula menular ke benak sanubari.
Tetap aku di sini berdiam diri. Suatu ketika aku cuba juga memberitahu, secara tidak langsung. Adakah dia akan perasan? Aku tidak tahu. Jelas skali ia hanya cubaan kosong. Semakin hari semakin menjadi-jadi perasaan ini.
Seandainya ada sebuah keyakinan itu memberi sebuah kekuatan untuk aku berkata-kata, mungkin dapat aku rungkai debaran yang sentiasa hadir pada tiap-tiap waktu itu. Pada waktu itu jua, aku tahu sejauh mana perasaan ini sama ada akan terus mencengkam jiwa atau ianya akan dibataskan oleh suatu perasaan yang lain.
Hakikatnya, aku perlu berdepan dan meluahkan setiap perasaan yang telah lama disimpan. Setiap bibit-bibit kata aku cuba atur agar tidak kaku kelu lidah menuturkan. Aku tidak dapat gambarkan apa yang bakal terjadi. Pasrah.
~ secebis senyuman terbit di hati...
senyum itu anugerah tuhan...
gembira itu jua anugerah tuhan...
saat suka bukan slalu ada...
apabila hati tiada lgi duka...
saat mula berkata seumpama mimpi..
tiada mengharap cuma sebuah fantasi..
terdetik di jiwa ingin berkata
akan indah tutur bicara...
secebis senyuman terbit di hati..
di kala bicara menjadi peneman..
walau sekadar kata-kata biasa...
cukup jua menguntum senyuman..
hasrat hati msih di jiwa
simpan kemas menunggu masa
andai waktu mengizinkan kita
tiadalah fantasi hadirnya realiti..
secoret kata seindah mimpi
secebis senyuman seumpama pelangi....
Friday, June 10, 2011
~ perasaan...
~ perasaan...
..... perasaan itu adalah suatu yang misteri...
..... perasaan bukan hadir dalam satu, tapi byk...
..... perasaan susah utk ditafsir, kdg2 kita sendiri keliru apakah perasaan yg hadir ketika itu...
..... perasaan itu bukan hanya pada seseorg , tpi ia berkait dgn sesuatu yg lain...
.... lumrah, setiap insan di muka bumi ini mempunyai perasaan...
.... jika seorg insan itu tiada perasaan, maka hati nya keras bagai batu...
.... ya, perasaan itu dtg dari hati... dri hati lah ianya bermula..
.... segala jenis perasaan semuanya dtg dri hati...
.... kalau hati bersih tentu perasaan itu hadir dlm keadaan suci..
.... perasaan itu sukar diungkap dgn sebaris kata-kata...
.... malah mungkin jua sukar untuk dijelaskan dgn sebuah perlakuan
.... perasaan buat seseorang blh menjadi seorg yang hebat
.... perasaan juga buat seseorang jatuh tersungkur
.... nyata, perasaan ini adalah suatu yg istimewa
.... mungkin terlalu istimewa, cuma kita x tahu gunakannya..
.... emm apakah sebenarnya perasaan yg bermain di dlm hati ni...
.... terlalu lama ianya dipendam... aku sdri tak tahu bagaimana utk luahkannya..utk mentafsir sepenuhnya...
.... atau aku terlalu keliru utk meluahkannya, atau takut utk mentafsirkannya..
.... adakah perasaan ini hanya hadir dlm diri aku sahaja...
.... atau ianya juga hadir dlm diri seorg insan itu...
.... aku tidak pasti...
.... yang nyata perasaan ini sentiasa ada...yang ku faham, perasaan ini sentiasa ada utknya..
.... perasaan di dalam hati, di dalam jiwa..di dalam diri..yang berdiri di sebalik tabir..merenung, berkata2 cuma di dlm hati......
Subscribe to:
Posts (Atom)