Saturday, September 15, 2012

~ Memahami dan Mengerti


Hati. Aku mula belajar memahami hati. Sedikit demi sedikit aku selami. Walau tidak sampai ke dasarnya, aku tetap menahan nafas menyelam jauh ke dalamnya. Mencari jawapan dalam setiap persoalan tentang perasaan dan kehidupan. Memahami dan cuba mengerti tentang apa yang dianugerahkan Tuhan kepada aku dalam hari-hari yang aku lalui.

Suatu ketika aku keliru apakah sebenarnya perasaan yang sering melanda dan mengapa pula ia hadir di waktu pada ketika itu. Persoalan yang nyata adakah aku bersedia atau sebaliknya.. memberi dan menerima sesuatu yang dinamakan 'cinta'.

Cinta itu terlalu abstrak untuk digambarkan melalui kata-kata, apatah lagi menghuraikan maksudnya. Terlalu meliputi segalanya. Namun yang aku ketahui cinta itu terlalu indah jika dihayati dengan penuh kebaikan dan kasih serta sayang. Cuba selami setiap lubuk sanubari yang terisi dengan cinta pasti terus hanyut di dalam keindahan rasa sebuah cinta.

Cinta pada keluarga, cinta pada ayahanda dan ibunda, cinta pada rasul dan cinta yang hakiki pada Allah. Aku hanya insan biasa, di dalam hati penuh dengan rasa itu. Cinta pada insan lain. Penuh dengan debaran, penuh dengan perasaan. Bagiku ianya sukar diluahkan seperti sebuah kata-kata azimat yang amat mahal harganya. Apatah lagi menyatakan rasa itu kepada insan yang lain.

Perasaan cinta itu terlalu tulus luhur dari hati bukan untuk mengisi kepentingan atau kekosongan. Cinta yang suci lahir daripada pandangan hati bukan pada pandangan mata yang lihat pada keindahan dan kesempurnaan. Cinta hadir untuk mengisi kekurangan. Menerima kebaikan untuk manfaat bersama serta kelemahan untuk dibaiki disempurnakan bersama. Itulah cinta yang sejati. Walau tak sempurna mana pun seseorang itu jika hati telah jatuh cinta pada pandangan mata hati aku percaya cinta itu suci dan sejati.

Aku memahami cinta bukan memiliki. Meskipun cinta itu tidak berbalas, aku akan terus mencintai. Cinta itu untuk diberi, dan tiada balasan untuknya. Cukup hanya mendoakan kebahagiaannya, kejayaannya, di dunia dan di akhirat. Jauhkan segala musibah dan kesusahan serta kepayahan. Di permudahkan segala-galanya. Biar dimata aku lihat cinta itu gembira dan bahagia kerana tiap senyumannya cukup untuk membahagiakan aku. Aku suka perasaan itu.

Pada suatu masa aku pernah jatuh cinta. Aku mengerti cinta itu memberi kekuatan pada aku. Sejak dari mula hingga sekarang ianya sentiasa hangat dalam dakapan perasaanku. Aku memahami setiap cebis senyuman yang dilemparkan dek cinta itu adalah sebuah semangat buatku. Aku mengerti perasaan rindu akan sentiasa hadir dalam diri kerana rindu dan cinta itu adalah pasangan yang tidak boleh dipisahkan. Aku faham aku tak dapat buang perasaan ini kerana aku mengerti cinta itu ibarat sebuah pohon dengan akar tunjang yang tidak dapat dicabut apabila ia mula tumbuh dibumi. Dan sekarang aku memahami yang aku akan sentiasa mengerti bahawa cintaku tidak akan luput, lupus hilang sampai bila-bila...


Sunday, July 29, 2012

~ Monologue. Secebis rasa.


Secebis rasa itu hadir dalam kedinginan senja apabila hati mula merasa akan kepulangan dia. Rasa yang bercampur baur hampir sahaja melenyapkan kebingungan dalam minda. Apa yang aku fikirkan ini..!? Kenapa ada secebis rasa di dalam hati ini..!? Bukankah.. bukankah telah aku..... sigh..!! aku tewas dalam lingkungan kepulan perasaan aku sendiri.  Hendak sahaja aku robek hati ini lalu ku buang jauh-jauh...! agar tidak ada rasa di dalam rusuk kiri ku ini..!

Jantung ini seumpama tidak mahu berhenti dari terus berdebar seperti dipalu bertalu-talu. Manakan tidak, suatu ketika aku telah luah segala isi hati namun, aku tahu dia jauh dan jarak itu seumpama memberi kekuatan. Tapi tidak pada hari ini. Segalanya bukanlah mudah seperti yang disangka. Aku rasa malu, aku rasa seperti ingin lari dari tempat ini agar aku tidak terserempak dengannya di mana-mana. Jauh di sudut hati, aku malu tapi aku mahu... aku mahu bersua muka walau seketika.. mendengar lunak manja suaranya.. agar hilang segala rindu yang selalu bertakhta di hatiku..

Detik itu hadir jua. Cepat-cepat aku menahan nafas. Mengawal minda dan perasaan. Dia berada di hadapanku. Melihat, mendengar dia berkata-kata, tidak lah lama namun tidak pula sekejap. Walau pertemuan itu tidak dijangka, tapi cukup untukku. Bicaranya mudah dan bersahaja. Lirik matanya ayu. Lunak suara manjanya lembut. Susuk tubuhnya makin kecil. Aku berharap dia sihat sentiasa.

Nyata, yang sebenarnya aku tidak tahu bagaimana untukku memulakan kata. Ingin ku panjangkan bual bicara. Ya, okey, orait itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari bibir ku. Akhirnya dia berlalu pergi. Meninggalkan aku berserta tugasku yang perlu aku selesaikan. Aku tersenyum. Sendiri. Bukankah patut tadi aku bertanya khabar padanya.. bukankah patut aku memberi sedikit kata-kata yang boleh membuatkan detik itu lebih bermakna.. aku rasa kerugian..

Entah mengapa perasaan ini mula memberontak. Aku ingin lenyapkan perasaan ini. Biarkan ia lepas terbang bebas di udara. Tapi perasaan itu masih kuat terikat seperti tali yang melilit kemas dihati ini. Ingin aku gunting, ingin aku cantas tali itu namun manakan boleh jika tali itu adalah sebenarnya dawai yang keras. Aku tidak boleh melenyapkan perasaan ini terhadap dia.. mengapa.. mengapa harus perasaan ini ingin tetap berada di dalam hati..

Sejenak terimbas pertemuan itu, memberi aku sebutir harapan. Harapan supaya aku terus mengejarnya. Itu kata hatiku. Kata bidalan ikut hati mati, ikut rasa binasa... jadi apa yang patut aku ikut...?! apa yang patut aku rasa..?!...AAhh mengapa aku harus dalam persoalan jika hakikat sebenarnya aku hanya bertepuk sebelah tangan..
bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi..

Itulah dinamakan Hati.. penuh dengan rasa dan rahsia yang tersembunyi.. aku sendiri tidak faham soal hati ini.. jika begini, aku perlu meminta maaf terhadap hati.. maaf sbb biarkan kau jatuh lalu dibiarkan engkau bersendiri.. tanpa ada yang menggapaimu, menempatkanmu di suatu ruang untuk mu.. mari, aku rangkulmu dalam dakapan kiriku.. biar aku sahaja menjagamu sehabis hayatku... sesungguhnya kita telah berusaha dan berdoa...moga dengan tawakkal, tuhan akan bawa kita kepada kebahagiaan..




Saturday, June 16, 2012

Cinta.............


Mencintai seseorang bukanlah bermaksud memilikinya. Jika kita benar-benar menyintainya, sesiapa sahaja pilihan dia, terimalah dengan hati yang terbuka dan doakan kebahagiaannya. Itulah cinta sejati.

Saturday, May 19, 2012

~ S.I.N.G.L.E or S.O.L.O or just make it for T.W.O?

Single atau solo..? Bukankah ia punya satu makna yang sama?...

       Single atau berdua bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan. Boleh dikatakan 'tidak perlu suka sangat' akan kedua status tu. Ada hikmah disebaliknya.

       Pastinya hidup 'single' ni lebih 'free' dalam bahasa panggil 'bebas'. Define 'bebas' dalam erti ini, bermaksud anda bebas melakukan apa sahaja tanpa ada kongkongan, batas atau perkara untuk anda buat sesuatu itu. Maksudnya, perkara-perkara tersebut perlulah yang ikut hukum-hukum agama. Bukan lebih daripada itu.

        Bagi aku hidup sebagai seorang yang single ni lebih kepada sunyi. Lebih tepat seorang loner. Tak terikat dengan sebarang komitmen. Nak jaga hati itu ini dan bermacam karenah lagi. 'Honestly, i've been through dat point..' . Banyak yang perlu dikorbankan kalau hidup berdua.. 'That's price u must pay for those relationship'. Hal sedemikian menjadikan pengalaman hidup itu lebih bermakna. Hidup ni sebenarnya adalah sebuah pembelajaran rite..?

        Bagi aku semuanya mudah, lancar, dalam masa sama sepi. kalau hidup single ni. Mana tidak, bila berjalan ke mana-mana..sendiri. But good news, i can flirt with anyone i like..! Haha! 1 point lah untuk solo rider ni. Tapi sampai bila kan.. Dan perkara paling yang biasa ialah boleh save up duit. Just imagine bil hphone atau prepaid boleh save up banyak sangat! Kalau prepaid lagi save. Siapa je yang nak dok mesej kan..dan macam-macam lagi..

        So, aku masih dalam pencarian, mencari miss rite. Dalam erti lain mencari seseorang untuk spend money, spend time, spend macam-macam lagi bersama-sama sampai kopak!!?? haha.. Nope.. maksud aku aku nak kongsi kebahagiaan bersama-sama. Happiness is real when shared. Jadi single atau solo ini hanya boleh untuk sementara waktu sahaja. Sampai masa, kita perlu hidup berdua.. itulah fitrah manusia. Single is the best. But couple is more excited..couple as husband and wife yea.. ;)

Thursday, May 17, 2012

Sedikit cerita tentang cinta luahan dan perasaan

             Perasaan ini tidak dapat ku tampung lagi. Dalam minda terlalu banyak perkara menyuruh aku menyatakan segalanya yang ada di dalam hati dan jiwa.  Bagaimana hendak ku mulakan kata. Aku pun sendiri tak tahu bagaimana caranya.

            Aku berfikir dan terus berfikir. Mengapa perlu aku luahkan semua ini. Mengapa perlu aku nyatakan segala perasaan di dalam jiwa ini, perlukah aku nyatakan tentang perasaan ini, pentingkah perasaan ini . Soalan demi soalan aku soal pada diriku sendiri. Nyata perasaan ini terlalu membuak-buak. Aku perlukan jawapan pasti. Aku perlukan jawapan di atas soalan-soalan ini. Oleh kerana itu aku perlu meluahkan segala perasaan yang lama terpendam di dalam hati.

            Aku tidak tahu, bila lagi ada peluang untuk aku nyatakan perasaan aku terhadap dia. Mungkin esok atau lusa? atau mungkin tiada lagi esok untuk aku. Aku hanya ada hari ini sahaja.. " Jika aku luahkan segalanya padanya, aku perlu hadapi segala jawapan dan janganlah aku mengharap dengan sebuah harapan yang terlalu tinggi.." pesan hatiku. 

            Ternyata aku perlu hadapi segala jawapan yang bakal aku terima nanti. Saat itu mungkin merubah segalanya. Biarlah apa pun yang akan terjadi. Aku cuba...daripada aku tidak berbuat apa-apa..lebih baik aku nyatakan sahaja dari aku terus hanyut dalam sebuah perasaan.
 
             Tanggal 29 Februari 2012, aku beranikan diri. Meluahkan rasa dan perasaan yang aku pendam terlalu lama di dalam lubuk hati. Tidak panjang tidak lah pula berbunga-bunga luahan itu... hanya sekadar menyatakan yang aku telah jatuh cinta padanya. Tidak dapat aku huraikan bertapa berdegup kencang jantung aku ketika itu. Tiap-tiap baris yang aku taip di dalam handphone aku, dibaca berulang-ulang kali hingga 'button' send itu aku tekan sambil menutup mata. Lalu terus aku letakkan jauh-jauh handphone itu. Cepat-cepat aku gapai bantal dan terus baring menekup muka.

             Aku risau, bimbang, resah.. segala macam perasaan datang menerjah ke dalam minda... Apakah betul apa yang aku lakukan ini. Sesungguhnya, segalanya ini aku berserah pada Allah... telah pun aku berdoa, dan perasaan dalam jiwa ini seakan terus membawaku untuk meluahkan segalanya. Aku redha. Aku menanti jawapan daripadanya hingga aku sendiri terlelap dibuai mimpi.

             Keesokkan paginya, aku terima pesanan ringkas daripadanya.. yang menyatakan dia rasa malu atas luahan hatiku itu.. dan dia berterima kasih.. aku cuma tersenyum...  dan terus tersenyum.. aku rasa gembira.. dan tidak tahu apa yang perlu aku katakan selepas itu. Petang itu baru aku balas pesanan ringkas tersebut. Lalu dia bertanya bagaimana aku boleh jatuh cinta padanya.. dan aku terus memberitahu tentang perasaan hatiku..

             Seterusnya dia menyatakan maaf kepadaku.. dan dia nyatakan mungkin dia tidak dapat membalas segala apa perasaan aku kepadanya.... dan aku nyatakan yang aku sudah sedia menerima walau apa pun jawapan daripadanya.. dia katakan maaf mungkin sedikit sebanyak telah mengguris perasaan aku. Aku cuma katakan yang tiada apa yang perlu dimaafkan kerana dia tidak sedikit pun berbuat salah padaku..

             Aku tidak dapat hendak bercerita lagi akan luahan ku dan kata-katanya kepadaku. Nyata, aku telah dapat jawapannya. Memang perasaan cinta ini terlalu dalam bagiku. Aku telah jatuh cinta pada saat pertama aku bersua dengannya. Namun, aku pendam hingga ke saat ini. Begitu lama aku simpan. Akhirnya di  saat itu aku luahkan. Bukan kerana apa, aku takut mungkin esok atau lusa aku tiada lagi di dunia ini. Mungkin kerana trauma kemalangan yang lepas membuat aku rasakan tiada esok bagiku. Segalanya adalah hari ini. Semalam telah jadi sejarah, esok kita tidak tahu.. jadi yang ada hanya hari ini.. seperti tiada istilah 'tunggu masa yang sesuai' bagiku lagi..bila aku berdoa kepada Allah lalu di dalam jiwa mendorong aku untuk meluahkan.. aku terus gapai peluang  yang ada dan teruskan hasrat di hati.

            Pernah aku terbaca rangkap kata Ustz Azhar Idrus yang famous tu berkata ' kalau dah berkenan pergi ke rumah dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin' ... Seriously memang aku dah pun berhajat sebegitu. Hinggakan aku tanya kawan-kawanku cara-cara merisik dan segala macam perkara yang perlu wajib harus aku lakukan. Hendak sangat aku pergi ke rumahnya berbuat yang sedemikian. Namun, aku rasakan aku perlu luahkan rasa hati ini dahulu memberitahu tentangnya. Lepas itu barulah aku usulkan yang seterusnya. Itulah niatku.

            Semuanya mungkin terhenti di situ atau mungkin masih ada lagi peluang untukku?. Aku sendiri masih keliru dan tidak tahu. Ruangan sosial menjadi perantara antara aku dan dia. Sedikit peluang, cuba aku ambil tiap kali ada ruang-ruang yang boleh aku berbual-bual dengannya. Status update, gambar, atau apa-apa pun di ruangan sosial itu yang mungkin ada ruang untuk aku berkata-kata, aku cuba.. dan terus mencuba.. untuk berada di hatinya..

            Sekarang, aku hanya berada di belakang tabir cyber. Melihat, membaca, tentang dia di dalam laman sosial. Aku hanya mampu tersenyum. Laman yang biasa aku update status, gambar, komen dan bermacam-macam lagi kini sepi. Aku tinggalkan ianya begitu dan aku hanya membaca dan melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa. Aku mengambil masa sebentar untuk merehatkan jiwa dan perasaan.

            Aku sunyi. Walau pun begitu tetap aku cuba mengisi tiap-tiap kesunyian itu dengan kerja-kerja. Cuba untuk merehatkan jiwa. Namun tetap terfikir akan dia. Perlukah aku melupakan? atau lebih baik aku terus sendiri.. keseorangan sampai bila-bila?...









Friday, February 24, 2012

~ Monologue... [part 4]


Hari berganti hari, masa berganti masa, terasa semuanya cepat berlalu. Masa amat pantas pergi jauh meninggalkan orang-orang yang dalam kerugian. Untung pula bagi orang yang menghargainya, mengisi setiap detik saat dengan perkara yang tidak sia-sia. Masa ini jua terlalu pantas buat aku.

Masa ini merubah aku menjadi seorang perindu. Merindui seseorang yang mungkin tidak tahu bertapa aku merinduinya. Bertapa aku rindu dan mula mencari setiap manis senyumnya. Namun tidak juga dia berada di sini. Perasaan ini membuat aku resah memikirkan bilakah dia akan kembali?

Realitinya dia jauh dariku. Realitinya dia tidak pernah dekat denganku. Tidak pernah pula berada disampingku. Itulah realitinya. Aku hanya sekadar berada di balik bayang-bayang. Hanya rasa yang ada tiap kali aku merasakan adanya dia bila berdekatan.

Tapi saat itu tidak ada lagi. Dia pergi untuk suatu jangka masa. Aku sendirian. Aku keseorangan. Aku hilang ilham. Aku hilang suatu harapan. Aku hilang sebuah sumber inspirasi. Aaaah... aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku ini.
Aku tidak tahu..adakah ini dinamakan gila. Aku tidak tahu.

Mengapa tiap masa detik dan ketika aku selalu sangat terfikir tentang dirinya. Mengapa aku asyik menyukainya. Sedangkan ku sendiri tidak tahu perasaan dia terhadapku. Ketika ini jua aku amat merinduinya. Pernahkah dia merindui ku sepertimana aku merinduinya..?? mungkin tidak.. pernahkah dia terfikir tentang ku?? mungkin tidak..

Kadang-kadang terbit dalam fikiran... lupakan sahaja dia... hilangkanlah punca inspirasi ini... buangkan lah segala suka.. bencikanlah dia...  namun, tidak pernah jua hilang.. di hati ini ada dia..  walau sekeras mana cuba untuk membenci.. walau sekuat mana cuba membuang perasaan ini... di hati ini ada dia..

Melihat dia jauh...aku rindu... kadang kala aku cemburu. Itulah fitrah manusia.. cemburu akan sesuatu. Cemburu kalau dia ada seseorang yang bertakhta di hati dia.. bukan aku...patut kah aku cemburu.. mungkin aku patut doakan kebahagiaan dia...walau di mana sahaja dia berada.. seperti mana dalam setiap doa-doaku.. disitu muncul dalam fikiranku..walau dia tidak disampingku.. walau dia tidak pernah tahu adanya aku... biarlah aku selalu mendoakan kebahagiaan dia selalu...

Aku masih boleh sendiri.. Berjalan sendiri seperti mana hari-hari yang aku lalui kini. Aku dah terbiasa.. Kadang-kadang aku cemburu melihat orang-orang di sekelilingku.. bahagia dengan pasangan mereka... bersuka,berduka dengan pasangan hidup mereka.. itulah pelangi kehidupan.. Lalu aku bertanya dalam diri, bilakah masa, detik, dan waktu itu akan sampai padaku... hanya padaMu ya Allah aku bergantung hidup.. semunya telah tertulis sejak aku berada dalam perut ibuku lagi.. ajal mautku, rezekiku, jodohku.. mungkin belum sampai masa itu lagi.. aku berserah pada takdirMu..

Aku tahu...walau sedalam mana aku suka, walau berapa banyak aku merindui..walau bertapa tinggi aku menyintai... Jika Allah telah takdirkan dia bukan untukku maka dia bukanlah untukku... dan walau sejauh mana aku mencari, walau selama mana aku menanti jika Allah takdirkan dia untukku.. suatu hari pasti akan ketemu... bercinta keranaMu, merindui keranaMu..

usaha, doa dan tawakkal.